Hari terus berlalu. Sesekali ia tidak akan pernah kemabli seperti apa yang kita inginkan.Dia akan selalu membawamu NEXT tanpa BACK dalam masa lalu.Lalu hati terus menjadi hampa. Tiada arah dan tiada tujuan. Hinanya bila mengenang semula 'dosa-dosa' yang telah ada di hati kita. Ingin memadamkannya tetapi terasa tiada siapa yang mau membantu....uuuugh sterzzzz duech...^_^
Langit yang biru terasa terlalu gelap untuk diri kita. Hati yang dahulunya putih berseri sudah dipenuhi dengan sawang-sawang 'peristiwa' yang lalu. Menangis- hanya itu yang mampu dilakukan...:(
Sebenarnya gak githu dech....... Tangisan itu bukan tangisan biasa. Tangisan itu yang mampu menyucikan semula sawang yang telah bersarang jauh disetiap genap penjuru. Tangisan itulah yang membuka semula pintu cahaya untuk meneroboz masuk dan menyinari semula hati yang telah 'menyesal' dan ingin 'kembali' ke pangkal jalan.
'Menyesal'.. Jika kita mengerti pengertian sucinya, pasti hatinya kembali tersenyum kerana dengan adanya MENYESAL dan TANGISAN, itulah tanda MASIH ADA YANG SAYANG.
Inget doonk kisah seorang pelacur yang masuk syurga karena memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan....Allah ntu maha sayang kepda hamba-Nya...
Allah sentiasa bersama kita. Yang PENTING, jangan sesekali kita berputus asa dari mencari HIDAYAH Nya. Hidayah itu sentiasa ada dihadapan kita, cuma kita saja yang belum lagi membuka pintu-Nya. Carilah, usahalah, berdoalah kepadaNya, INSYAALLAH, hidayah itu semakin dekat.
Kita milikNya, dan kepadaNya tempat kita kembali. Kembalinya kita nanti kepadaNya, janganlah kita kembali dalam keadaan serba kekurangan, tetapi biarlah, diri kita berjumpa denganNya dengan keadaan yang bersiap sedia untuk menerima janji-janjiNya. Pada ketika itulah, rindu kita terbalas dengan berjumpa dengan Nya dan bergembira di suasana indah di SYURGA kelak. amin..
Allah sayang kita.. Adakah kita sudah kembali menyayangiNya?
edit by merah saga from hafizulfaiz...^^
Tidak ada komentar:
Posting Komentar